Pages

Sunday, March 8, 2009

ISU PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH OLEH AGAMA LAIN

Penarikan balik kebenaran pengunaan Allah oleh agama lain selain agama Islam harus diterima dengan terbuka oleh penganut-penganut agama lain. Saya bersetuju dengan kenyataan Dato Seri Zahid Hamidi yang telah menyatakan sebab-sebab yang munasabah penarikan balik tesebut. Ini bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat terutama masyarakat antarabangsa mengenai aspek keagamaan di Malaysia.

Jadi masyarakat yang bukan Islam harus menerima dengan hati yang terbuka dan tidak menjadikan isu ini isu yang besar kerana isu agama adalah isu sensitif yang boleh mengugat keharmonian kaum di Malaysia. Masyarakat Malaysia harus bertolak ansur mengenai perkara ini demi mengekalkan perpaduan dan keamanan yang kita kecapi sekarang.

The issue of TEACHING ENGLISH IN SCIENCE AND MATH

Terkejut saya melihat demonstrasi aman yang bertukar menjadi medan pengaduhan mengenai isu ini. Kalau tidak silap saya, sistem pengajaran Bahasa English dalam matapelajaran Sains dan Matematik telah diperstujui dan telah dilancarkan tidak lama dulu dan telah memberi banyak manafaat bukan sahaja kepada para pelajar akan tetapi juga guru-guru juga di mana peratus para pelajar dan guru yang pandai dalam bahasa English telah meningkat.

Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa English bukan bernmakna kita melupakan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu banyak digunakan dalam subjek-subjek lain seperti subjek Bahasa Malaysia sendiri, Geografi, Sejarah, pendidikan moral dan sebagainya. Malah dalam pengajian Pengajian Am dan banyak subjek-subjek lain di peringkat pengajian tinggi.

Jadi saya bersetuju sekiranya pembelajaran Sains dan Matematik ini DIKEKALKAN demi menempuhi dunia tanpa sempadan masa kini. Terdapat banyak faedah diperolehi bukan sahaja dari pelajar, akan tetapi tenaga pengajar juga semenjak sistem ini diperkenalkan. Andaian bahawa bahasa Melayu akan dilupakan adalah tidak berasas dimana Bahasa Melayu adalah subjek teras dalam sistem pendidikan negara.

Semenjak pembelajaran bahasa English diperkenalkan dalam mata pelajaran sains dan matematik, banyak guru-guru sains dan matematik telah menjalani kursus-kursus tersebut dan memakan kos yang besar demi memahirkan rakyat Malaysia dalam bahasa Inggeris. ADAKAH BERBALOI DIMANSUHKAN PROGRAM ini.

Sama-sama lah kita renungkan

Tuesday, March 3, 2009

SIDANG ADUN PERAK DI BAWAH POKOK

Adalah agak merugikan pembinaan bangunan DUN Perak jika perkara ini berterusan. Pergolakan politik di Perak telah mencatatkan satu episod sejarah dalam negara dimana persidangan DUN telah diadakan di bawah pokok dan disaksikan oleh ribuan penyokong dari Barisan Nasional & Pakatan Rakyat. Tetapi sejarah yang tercipta bukannya mengambarkan pencapaian kegemilangan, akan tetapi mengambarkan satu scenario politik yang tidak stabil di negara kita khasnya di Negeri Perak.

Tindakan saman-menyaman antara wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mengakibatkan scenario politik semakin teruk di negeri Perak. Sampai pergaduhan dengan pihak polis pun berlaku.

Sepanjang gelora scenario politik di Negeri Perak ini berlaku siapa yang menjadi mangsa? Sudah tentu rakyat Perak sendiri. Pada pendapat saya, mana-mana parti yang mempunyai majoriti di Perak mempunyai mamdat untuk membentuk kerajaan seperti yang telah termaktub dalam undang-undang. Isu lompat parti tidak timbul wakil Pakatan Rakyat boleh lompat parti ke Barisan Nasional dan sebaliknya.

Justeru itu, Pakatan Rakyat harus menerima hakikat yang mereka tidak lagi menguasai Kerajaan Negeri Perak. Pilihan Raya pula adalah satu proses yang berterusan yang akan diadakan setiap lima tahun dan Pakatan Rakyat kena menunggu lebih kurang 3-4 tahun sekiranya mereka ingin membentuk kerajaan. Ini kerana kos untuk mengadakan pilihanraya umum di Perak melibatkan wang rakyat yang besar.

Yang penting, terpulanglah kepada RAKYAT PERAK menentukan masa hadapan mereka. Jangan kerana kemelut politik, rakyat jadi mangsa.

Sunday, February 8, 2009

ISU PENCEN

Hari ini saya balik ke kampung saya berjumpa dengan bapa saya. Saya merasa agak terkilan apabila saya dimaklumkan oleh bapa saya yang beliau cuma menerima pencen sebanyak RM497.90 sahaja sebulan kerana beliau cuma berkhidmat selama 23 tahun sahaja sebagai anggota keselamatan iaitu pengakap sempadan di bawah Pasukan Polis Di Raja Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1930-an dan telah sama-sama berjuang menentang pendudukan Jepun dan Komunis khususnya di Sarawak.

Pengumuman kerajaan untuk memberi pencen minimum sebanyak 720.00 sebulan kepada pesara yang berkhidmat selama 25 tahun telah memberi sedikit kelegaan kepada pesara yang menerimanya. Akan tetapi bagaimana pula dengan pesara yang sama-sama berjuang pada zaman sebelum kemerdekaan akan tetapi cuma diiktiraf berkhidmat selama 20 tahun ke atas atau 15 tahun keatas. Bayangkanlah bila rakan-rakan lain menerima minima 720.00 sebulan dan ada sebilangan ada yang menerima tidak sampai 400.00 sebulan. Ini menimbulkan rasa kurang senang mereka dan membuatkan sebilangan mereka marah kepada polisi kerajaan yang cuma mengiktiraf segolongan sahaja, dan yang lain masih di tokok yang sama, seperti bapa saya.

Justeru itu, saya menyeru supaya pihak kerajaan membuat pertimbangan semula mengenai isu tempoh perkhidmatan dan kelayakan untuk dimasukan ke dalam skim baru ini. Biarlah semua merasa sedikit kesenangan untuk menjalani sisa-sisa kehidupan mereka sekarang. Mereka telah sama-sama berjuang dan bersabung nyawa demi membebaskan negara kita dari penjajah dan apa yang kita nikmati sekarang adalah hasil dari perjuangan mereka.

Semoga kerajaan melihat isu ini demi mewujudkan apa yang kita promosikan sebagai kerajaan perihatin.

DILEMA PAKATAN RAKYAT DI PERAK

Kenyataan Karpal Singh supaya DAP menimbang cadangan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat hari ini menunjukkan ketidasepakatan dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Malah beliau tidak berasa senang sebilangan pemimpin DAP yang lain yang duduk berdiam diri terhadap pendapat beliau mengenai isu menyaman Sultan Perak dan isu hukum hudud.

Tindakan Datuk Seri Anwar yang membenarkan ADUN Bota untuk melompat parti kini memakan diri beliau dimana beliau juga yang menimbulkan apa yang dikatakan lompat parti tidak lama dulu. Ini jelas menunjukkan ketidakikhlasan Datuk Seri Anwar dalam pendirian beliau. Kenyataan beliau dulu yang mengatakan ramai wakil rakyat BN akan melompat parti ke BN kini memakan diri beliau serta parti beliau sendiri.

Beginikah pemimpin yang kita mahu untuk memimpin dan mentadbir kerajaan di negara kita. Kita fikir-fikirkan sendiri. Pakatan seperti inikah yang dikatakan Pakatan Rakyat? Yang nyata, pakatan ini merupakan pakatan yang lebih berbentuk atau menjurus kepada usaha untuk Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri dan bukannya untuk rakyat. Apa yang lenih penting, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau rakyat Perak dan seluruh rakyat Malaysia sendiri. Sama-samalah kita berfikir secara waras supaya apa yang kita kecapi sekarang kekal sampai bila-bila.

Monday, January 19, 2009

PRESIDEN BARU AMERIKA SYARIKAT

Hari ini, 20 Januari 2009, Presiden baru Amerika Syarikat Barrack Obama akan secara rasminya akan memasuki White House mengambilalih tempat George W. Bush. Beliau merupakan presiden kulit hitam pertama USA dan banyak pengharapan baru dari rakyat Amerika dan seluruh dunia sendiri mengenai soal dasar luar Amerika, ekonomi dan sebagainya terhadap beliau.

Semoga Barrack Obama dapat mentadbir Amerika seadil-adilnya dan akan membuka lembaran baru kepada tanggapan dunia terhadap Amerika yang selama ini lebih menjurus kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

Perlantikan beliau juga telah sedikit sebanyak menyumbang kepada genjatan senjata dan pengunduran tentera Israel dari bumi Gaza dan ini dianggap sebagai satu rahmat kepada keamanan dunia.

GENJATAN SENJATA BERKUASA DI DI GAZA

Akhirnya, berita genjatan senjata yang telah diusahakan oleh Mesir dan desakan-desakan pihak antarabangsa untuk menguatkuasakan genjatan senjata walaupun selama seminggu antara Israel & Hamas telah sedikit sebanyak melegakan rakyat Palestin yang semenjak 27 Disember 2008 diserang oleh Israel. Kesan-kesan kemanusiaan yang trajik dapat dilihat akibat peperangan ini seperti kehilangan nyawa dan harta benda. Mengikut sumber-sumber sebanyak USD1.2 billion diperlukan untuk memulihkan semula Gaza dimana kebanyakan rumah, sistem pengangkutan dan sebagainya rosak teruk sama sekali.

Presiden Israel Ehud Olmert telah mengarahkan tenteranya segera berundur dari Gaza dalam tempoh 1 minggu dengan syarat tiada lagi roket dari Hamas mencecah wilayah selatan Israel. Pengunduran tentera Israel dianggap oleh pemimpin Hamsa sebagai kemenangan seluruh rakyat Palestine, dunia Arab dan Hamas terhadap Israel. Walaupun begitu, kemenangan yang terpaksa mengorbankan banyak nyawa dan harta benda adalah kemenangan yang menjuruskan kepada perasaan dendam yang begitu dalam di kalangan rakyat Palestine dan Hamas terhadap Israel yang boleh mengancam genjatan senjata ini.

Bila agaknya pensengketaan antara Israel dan Palestine ini akan berakhir. Tuhan saja yang tahu. Pelbagai usaha telah diusahakan dari pihak PBB, EU, OIC, ASEAN dan sebagainya, namun masih menemui jalan buntu. Maka sama-samalah kita rakyat Malaysia berdoa agar kedua-dua pihak bertelagah duduk berunding dan peperangan bukanllah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Monday, January 12, 2009

GAZA BERDARAH

Serangan tentera Israel semenjak 27 Disember 2008 ke atas Gaza telah menyebabkan kematian sebanyak lebih kurang 850 orang setakat ini dan menyebabkan lebih 3000 orang cedera parah. Kezaliman Israel ini dikatakan bermula ekoran daripada dakwaan yang pihak Hamas sering melancarkan serangan roket ke Israel dari Gaza. Sejauhmana dakwaan ini betul, cuma Israel dan Hamas saja yang tahu.

Ekoran daripada serangan yang dilakukan sampai ke hari ini, pihak parlimen Malaysia beserta dengan kebanyakan masyarakat dunia telah menyatakan bantahan keras terhadap serangan Israel. Saranan Tribunal Antarabangsa untuk mengheret penjenayah perang ke muka pengadilan harus ditubuhkan melalui Majlis Keselamatan PBB. Saranan genjatan senjata diadakan harus dilakukan dengan segera dan bumi Gaza harus dikawal oleh pasukan pengaman PBB. Akan tetapi bila pihak PBB boleh melakukan tugas sebagai badan antarabangsa apabila tindak tanduk PBB sendiri mampu dikawal oleh sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat.

Akibat dari dendam yang begitu tebal sekali, adalah dirasakan proses damai agak mustahil dicapai buat masa ini, apatah lagi bumi Gaza sekarang ini dihujani dengan pelbagai jenis senjata Israel.

Pembunuhan berlaku disana sini, penduduk diam dalam ketakutan, anak-anak senantiasa menempuh bahaya setiap hari dan sebagainya berlaku di Gaza. Hati saya terlalu kasihan melihat kanak-kanak yang tidak berdosa dan belum mengenal erti peperangan terbunuh dalam peperangan manusia yang gilakan kuasa.

Sama-samalah kita berdoa agar peperangan ini berakhir dan supaya dunia ini hidup dengan aman dan harmoni.

BANJIR DI SARAWAK

Hujan yang turun semenjak hari Jumaat lepas iaitu pada 9 Januari 2009 yang lepas telah mengakibatkan keadaan banjir yang dahsyat sekali di kebanyakan tempat di Sarawak. Kalau kita lihat suratkhabar hari ini banyak aktiviti harian telah dibatalkan seperti sekolah, aktiviti pengangkutan dan sebagainya telah dibatalkan. Banyak kakitangan swasta dan kerajaan tidak turun ke tempat kerja kerana tersekat akibat banjir.

Ini ditambah lagi dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di beberapa tempat. Ini merupakan kali ketiga negeri Sarawak ditimpa bencana banjir yang besar selepas tahun 2004 dan 2005. Ada pihak yang percaya permulaan tahun baru 2009 serentak dengan banjir dan keadaan ekonomi yang tidak menentu adalah satu permulaan yang tidak baik.

Terdapat kawasan perumahan yang dilanda banjir menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan menyalahkan kerajaan akibat pembangunan dan pembinaan jalan raya yang mengakibatkan paras jalan lebih tinggi dari taman perumahan mereka. Ada pula yang menyalahkan barrage di Sungai Sarawak menjadi punca kejadian banjir khususnya di bandar Kuching.

Walaupun apa alasan yang diberi, kita perlu faham yang banjir adalah fenomena alam sekitar yang kita yang tinggal di kawasan hutan hujan tropika tidak akan dapat lari dari masalah ini. Namun begitu, kerajaan perihatin dengan permasalahan ini dan berusaha untuk membantu dengan sedaya upaya. Seruan supaya pihak pembangkang khususnya di kawasan bandar memberi bantuan kepada rakyat juga dialu-alukan supaya mereka dapat menyumbang kepada mereka yang memerlukannya.