Pages

Friday, January 22, 2010

WIRA KENYALANG mendepani cabaran semasa: PRS SEDIA HADAPI PKR SARAWAK LETAK CALON PROFESIONAL DALAM PILIHAN RAYA SARAWAK

WIRA KENYALANG mendepani cabaran semasa: PRS SEDIA HADAPI PKR SARAWAK LETAK CALON PROFESIONAL DALAM PILIHAN RAYA SARAWAK

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM TERBITAN HERALD THE CATHOLIC WEEKLY

Semenjak isu ini ditimbulkan setelah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan pengunaan perkataan "Allah" dalam terbitan Herald-the Catholic Weekly, ianya telah menimbulkan ketidakpuasan terutama di kalangan orang Melayu di negara ini terutama di Semenanjung Malaysia. Demonstrasi secara aman membantah keputusan mahkamah ini telah diadakan dan telah menjadi bahan hangat di media elektronik dan paparan akhbar. Malah terdapat juga pendemonstrasi-pendemonstrasi ini tidak peka dengan sensitiviti kaum lain sehingga mengucapkan kata-kata yang tidak patut dikeluarkan dari golongan yang memperjuangkan agama masing-masing.

Kejadian pembakaran gereja oleh golongan yang terlalu fanatik mengenai isu ini telah sedikit sebanyak menyebabkan imej kerajaan dan negara Malaysia yang kita cintai ini tercalar bukan sahaja di mata masyarakat bukan muslim akan tetapi ke seluruh dunia. Ini sudah pasti akan merugikan negara dari segi perlancongan yang menyumbang kepada pendapatan negara.

Keputusan untuk tidak membenarkan pengunaan Allah oleh agama lain selain Islam di Semenanjung Malaysia dan dibenarkan di Sabah & Sarawak telah menimbulkan lagi pelbagai spekulasi lain yang boleh dijadikan pembangkang sebagai isu dalam pilihan raya akan datang. Yang pastinya, walaupun tidak ditunjukkan, akan tetapi dari sumber tinjauan seperti di topik-topik mulut di kedai-kedai kopi dsbnya, nyata pengundi-pengundi bukan muslim tidak puas hati dengan perkara ini apa lagi dengan pelaksanaan 1Malaysia yang banyak kedengaran kebelakangan ini.

Namun keputusan ini sedikit sebanyak meredakan keadaan tegang daripada terus manjadi teruk. Demi perpaduan negara dan keharmonian kaum, sesebuah pihak seharusnya bersabar atau mengalah dalam perkara yang boleh mengancam kestabilan politik negara tak kira samada yang muslim atau bukan muslim.

Keamanan negara amat susah dicapai, justeru itu sama-samalah kita sebagai warga negara Malaysia menjaga keharmonian negara untuk generasi masa depan kita. Jaminan ke syurga bukan terletak pada nama yang dugunakan, akan tetapi pada umat yang mengamalkan kepercayaan masing-masing dan mempraktikan dalam kehidupan.