Pages

Monday, August 27, 2012

SUARA MAJORITI SUARA PENCALONAN

Biasanya pemilihan seseorang calon untuk bertanding dalam apa-apa pilihanraya di Malaysia ditentukan oleh majoriti kaum di sesebuah kawasan. Sekiranya majoriti kaum Cina, maka calon akan dipilih dikalangan kaum Cina dan begitu juga dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Ini memperlihatkan aspek kaum merupakan aspek terpenting dalam memilih calon dalam mana-mana parti politik sekalipun. Dan trend ini dilihat akan berterusan dari semasa ke semasa. Kesannya, kita dapat mengesan kaum mana yang menyokong Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang. Contonhya, trend sekarang menunjukkan kaum Cina lebih memilih DAP dari SUPP di Sarawak dan di Pulau Pinang. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Kalau dilihat, pihak DAP telah berjaya mempengaruhi sesebuah kaum majoriti di sesebuah negeri dan kawasan dengan agenda-agenda mereka. Namun mereka kurang mendapat sokongan dari kaum majoriti Bumiputera memandangkan DAP majoriti dari kaum Cina.

Justeru itu, komen mengenai adakah kaum memberi kelebihan kemenangan kepada sesebuah parti dalam pilihanraya?

Tuesday, March 6, 2012

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) MEMBANTU RAKYAT

Bantuan Rakyat 1Malaysia merupakan bantuan one off sebanyak RM500.00 kepada rakyat yang mempunyai pendapatan seisi keluarga kurang dari RM3000.00 sebulan dan telah mula diagihkan kepada mereka yang layak semenjak akhir Januari lagi.

Rata-rata rakyat yang menerima bantuan ini merasa bersyukur walaupun tidak sebanyak mana kerana ianya sedikit sebanyak membantu mereka dalam urusan harian mereka malah dikalangan pembangkang juga merasa bersyukur menerima bantuan ini. Walaupun begitu terdapat juga kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kesesakan orang ramai memandangkan agihan bantuan ini melibatkan kumpulan yang besar.

Rakyat merayu sekiranya dapat, bantuan ini diberikan setiap tahun bagi mengurangkan beban rakyat dimana barangan semakin hari semakin naik.

ISU PENNCALONAN BAGI KERUSI P. 192 MAS GADING DALAM PRU13

Gendang PRU13 sudah mula kedengaran menandakan PRU13 akan diadakan tidak lama lagi. Gesaan supaya jentera pilihanraya bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya sudah mula dibaca dalam muka-muka suratkhabar. Yang paling mencuri tumpuan ialah mengenai pencalonan, tak kira calon baru ataupun penyandang sedia ada.

Di P. 192 Mas Gading, disamping penyandang menyatakan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi ini, timbul pula calon-calon lain yang dikatakan berkaliber menonjolkan diri dengan mengadakan pelbagai majlis makan malam serta aktiviti-aktiviti yang mampu menaikan nama beliau untuk menjadi calon. Malah ada yang berbelanja ratusan ribuan ringgit untuk menjadi calon.

Ini ditambah lagi dengan pemecatan penyandang kerusi ini dari SPDP dan pihak SPDP pula menyatakan bahawa penyandang tidak akan dicalonkan lagi pada PRU13 akan datang dan kenyataan bahawa kerusi Mas Gading tetap milik SPDP. Ini menguatkan persepsi bahawa P. 192 Mas Gading berkemungkinan akan menyaksikan seorang calon baru bagi BN-SPDP.

Antara calon BN yang dikatakan melobi untuk mejadi calon disamping penyandang YB Datuk Dr. Tiki Lafe ialah Datuk Ik Pahon Joyik, En. Rayan Narong, En. Harry Henry Jinep, En. Anthony Nogeh, Joing Mideh dan berkemungkinan akan bertambah menjelang hari pencalonan.

Bagi pembangkang pula berkeumngkinan pada kali ini pihak DAP akan bertanding dan bukannya PKR memandangkan PKR sudah bertanding pada PRN10 yang lalu. Calonnya ialah Mordi Bimol, seorang Dayak dari Kpg. Suba Bau, Bau. Antara calon dari parti lain pula adalah mungkin Patrick Anek Uren (SNAP) dan dilihat akan bertambah menjelang pencalonan.

Walaupun siapa sahaja calon BN, mereka mesti menang dalam PRU13.