Pages

Monday, April 5, 2010

ADAKAH GROUP 5 TIDAK AKAN DICALONKAN OLEH SPDP DALAM PRU DUN SARAWAK AKAN DATANG

Setiap parti politik, di mana-mana negara pun, pasti ada ketikanya tidak dapat lari dari politik. Di Malaysia, masalah dalaman parti berlaku, tak kira dalam parti Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.

Di dalam kes Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP), perkara perselisihan faham terutama di kalangan ahli-ahli majlis tertinggi adalah perkara biasa dalam mesyuarat. Namum, telah disensasikan oleh media massa yang kita tahu mempunyai objektif untuk melariskan jualan akhbar mereka.

Usul penggabungan SPDP dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS) timbul apabila kedua-dua parti ini sepakat untuk bergabung dari tahun 2004 lagi dengan tujuan untuk memperkuatkan parti supaya tidak timbul isu duri dalam daging pada setiap pilihan raya. Namun setelah 6 tahun berlalu, usaha penggabungan ini tidak dapat direalisasikan atas mungkin sebab-sebab atau persoalan-persoalan berikut:-

  1. Siapa Presiden jika bergabung? Presiden SPDP sedia ada atau Presiden PRS?
  2. Apa yang saya akan dapat jika bergabung?
  3. Adakah saya tidak akan memegang jawatan penting dalam parti?
  4. Adakah jawatan saya akan terancam jika bergabung?
  5. Bagi yang ingin mempunyai kuasa yang "total" dalam parti seperti mampu mengawal Majlis Tertinggi Parti , Pergerakan Wanita & Pemuda dan mempunyai sumber kewangan yang banyak, pasti mempersoalkan yang penggabungan ini mampu mengancam jawatan beliau sehingga usaha untuk memecahkan parti dibuat secara senyap-senyap seperti apa yang berlaku dalam SPDP.
  6. Dan banyak-banyak lagi persoalan yang lain.
Atas dasar-dasar mementingkan darjat dan jawatan ini, maka dapat dilihat usaha penggabungan ini tidak akan dapat direalisasikan.

Dilihat bahawa the Group 5 mempunyai persoalan berikut terhadap keputusan pengumuman dalam Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi SPDP:-
  1. Perlantikan YB Nelson Balang Rining dilantik sebagai Setiausaha Agung SPDP hanya dengan alasan untuk menentang Baru Bian dalam pilihan raya akan datang adalah tidak logik. Adakah harus memegang jawatan Setiausaha parti sekiranya mahu menang dalam pilihan raya? Yang kita tahu, jika mahu menang, berkhidmatlah dengan baik untuk rakyat, bukannya semestinya memegang jawatan Setiausaha.
  2. Perlantikan YB Sylvester Entri sebagai Vice Presiden menimbulkan persoalan kenapa jawatan Vice Presiden yang lain dopertandingkan dan yang ini dilantik. Ini menimnulkan ketidakpuasan di kalangan wakil rakyat yang harus melalui proses pertandingan.
  3. Barisan Ahli Majlis Tertinggi yang telah diumumkan pada Mesyuarat Tahunan (Pemilihan) tidak boleh diubah selain melalui mesyuarat agung luar biasa.
  4. Usul penggabungan telah bermula sejak tahun 2004, takkan mengambil masa terlalu lama kecuali jika terdapat seseorang yang berkepentingan yang merasakan kepentingan beliau akan terancam sekiranya penggabungan ini berlaku.
  5. Dan pelbagai persoalan lain.