Pages

Tuesday, October 15, 2013

DAP GO RURAL

Tindakan DAP melancarkan kempen "DAP GO RURAL" merupakan strategi DAP dalam memenangi dan meraih undi di kawasan luar bandar dimana mereka sedar dalam usaha memenangi pilihanraya, DAP harus melebarkan strategi ke luar bandar dimana kerusi luar bandar dilihat lebih banyak daripada kerusi kawasan bandar. Kawasan bandar majoriti pengundi kaum Cina sememangnya di dalam gengaman mereka.

Terbaru perlancaran newsletter terbaru DAP GO RURAL dilancarkan dan akan diagihkan kepada rakyat luar bandar sebagai bahan bacaan dan rujukan. Malah Radio Free Sarawak juga akan digunakan disamping media sosial.

Dikesan terdapat pendekatan-pendekatan tertentu digunakan oleh DAP iaitu:-
1. Menyelesaikan isu-isu pembangunan tertunggak yang dijanjikan oleh Barisan Nasional akan tetapi tidak dilaksanakan sejak sekian lama.
2. Mengesan isu-isu hangat yang mampu menimbulkan suasana yang mendapat sambutan oleh orang ramai seperti isu hak, isu adat, budaya dan agama dan sebagainya.

Strategi ini dilihat mendapat sambutan dimana dijangka rakyat akan membalas isu-isu yang ditimbulkan tanpa mempertimbangkan cara mereka membalas dan menjawab isu-isu ini seperti kenyataan NGO-NGO dari sesebuah kaum. Dan perkara ini dilihat memerangkap akan diri sendiri dimana NGO-NGO dari sesebuah kaum yang lain dijangka akan membalas kenyataan tersebut. Ini menimbulkan suasana yang memberi kelebihan kepada DAP mendapat publisiti.

Dari aspek pembangunan, terdapat pembangunan yang tidak rumit dilengahkan oleh pihak Barisan Nasional sendiri seperti terbaru, bekalan air di Kpg. Taba Sait, Padawan. Mereka telah menunggu semenjak sekian lama untuk mendapatkan kemudahan ini dam kosnya tidaklah sampai berjuta, akan tetapi tidak dilaksanakan oleh pihak berwajib sehingga DAP mengambil peluang ini untuk menyusup masuk dan mendapat peluang untuk berucap kepada masyarakat di sana.

Kesimpulannya, janganlah musuh sudah masuk baru nak bertindak.

PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK KE11 - KRISIS SPDP DAN SPDP 5

Ekoran daripada ketidapuashatian dalam membuat keputusan mengenai penukaran barisan Majlis Tertinggi SPDP ketika mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP yang biasa, 5 orang wakil rakyat telah bertindak keluar dari mesyuarat tersebut dan disusuli dengan pemecatan kelima-lima wakil rakyat tersebut atas alasan tidak menghadiri mesyuarat tertinggi sejak beberapa tempoh dan melawan keputusan Presiden Parti. Krisis ini telah berlaku semenjak 2 tahun yang lalu dan berlanjutan sehingga sekarang sehingga salah seorang ahli parlimen Datuk Dr. Tiki Lafe mengambil keputusan untuk bertanding dalam PRU13 di kerusi P. 192 Mas Gading sebagai calon BEBAS walaupun beliau adalah wakil rakyat BN. SPDP pula bertindak mencalonkan calon baru dan memenangi kerusi P. 192 Mas Gading dengan majoriti 2000 lebih undi mengalahkan Datuk Dr. Tiki Lafe.

Selesai babak PRU13 untuk parlimen negeri Sarawak, tahun 2016 dijangka akan diadakan PRN11 bagi kerusi DUN negeri Sarawak. Yang menjadi perhatian adalah apakah keempat-empat wakil rakyat DUN yang dipecat dari SPDP akan bertanding juga sebagai calon BEBAS, akan tetapi pada masa yang sama wakil rakyat BN. Yang menjadi tumpuan juga apakah tindakan keempat-empat wakil rakyat DUN ini seterusnya, adakah akan menyertai parti komponen BN yang lain atau memasuki parti baru yang baru diluluskan oleh ROS atau bertindak sebagai Direct BN Candidate. Pelbagai spekulasi kedengaran khususnya yang melibatkan keempat empat kawasan DUN terlibat.

Walau apa pun, ini menunjukkan dalam setiap parti mempunyai krisis masing-masing dan masalah-masalah ini mampu memberi kesan kepada sokongan terhadap kerajaan sedia ada. Di dalam politik, anthing can happened.