Pages

Monday, August 27, 2012

SUARA MAJORITI SUARA PENCALONAN

Biasanya pemilihan seseorang calon untuk bertanding dalam apa-apa pilihanraya di Malaysia ditentukan oleh majoriti kaum di sesebuah kawasan. Sekiranya majoriti kaum Cina, maka calon akan dipilih dikalangan kaum Cina dan begitu juga dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Ini memperlihatkan aspek kaum merupakan aspek terpenting dalam memilih calon dalam mana-mana parti politik sekalipun. Dan trend ini dilihat akan berterusan dari semasa ke semasa. Kesannya, kita dapat mengesan kaum mana yang menyokong Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang. Contonhya, trend sekarang menunjukkan kaum Cina lebih memilih DAP dari SUPP di Sarawak dan di Pulau Pinang. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Kalau dilihat, pihak DAP telah berjaya mempengaruhi sesebuah kaum majoriti di sesebuah negeri dan kawasan dengan agenda-agenda mereka. Namun mereka kurang mendapat sokongan dari kaum majoriti Bumiputera memandangkan DAP majoriti dari kaum Cina.

Justeru itu, komen mengenai adakah kaum memberi kelebihan kemenangan kepada sesebuah parti dalam pilihanraya?