Pages

Thursday, July 21, 2011

ISU KETUA-KETUA MASYARAKAT & KETUA-KETUA KAUM

Biasanya, ketua-ketua masyarakat di negara kita terdiri dari golongan emas berusia 55 tahun ke atas. Tidak dinafikan terdapat juga antara mereka yang sihat dari segi fizikal dan mental, namun kebanyakkan dari mereka mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penglihatan yang menghadkan mereka menjalankan tugasan harian mereka. Justeru itu, cadangan-cadangan berikut boleh dipertimbangkan bagi mengwujudkan perlaksanaan tugasan yang lebih berkesan kepada semua ketua-ketua masyarakat di Malaysia.
1. Cadangan menwujudkan sebuah jabatan yang khas bagi menjaga kebajikan ketua-ketua masyarakat seperti jabatan-jabatan kerajaan yang biasa. Ini secara tidak langsung dapat menyelesaikan permasalahan tiada surat perlantikan dan menwujudkan sistem data bagi ketua-ketua masyarakat yang telah pencen disamping dapat memantau tahap kesihatan mereka.
2. Dengan pengwujudan jabatan, maka jabatan tersebut boleh memohon khidmat kenderaan kerajaan dan pemandu bagi menjalankan tugas-tugas mereka dimana ini mengurangkan risiko ketua masyarakat dari segi keselamatan terutama di kalangan ketua-ketua masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan. Disamping itu, pengwujudan jawatan pemandu juga sedikit sebanyak menyumbang kepada pengurangan pengangguran dalam negara kita.
3. Tugasan Ketua Kaum masa kini tidak sama dengan tugasan ketua masyarakat dahulu. Sekarang ketua kaum akan menghadiri kursus, menghadiri jemputan, memberi perkhidmatan kepada rakyat yang OKU, berjumpa dengan wakil rakyat dan sebagainya. Semua tugasan ini memerlukan pergerakan menggunakan kenderaan dan pemandu. Tugasan tidak akan dapat dijalankan sekiranya seseorang ketua kaum tersebut mempunyai masalah seperti masalah penglihatan, tidak tahu memandu dan sebagainya yang kesannya akan mencacatkan perkhidmatan mereka serta pemberian maklumat kepada kerajaan.
Justeru itu, cadangan eperti tersebut diatas boleh dipertimbangkan dalam usaha kita memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat selaras dengan Konsep 1Malaysia.

ISU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Dasar pelajaran negara dalam memperkenalkan adalah baik demi mencapai kecermerlangan pendidikan negara. Namun, jumlah ganjaran yang diberikan diantara guru besar/pengetua dan guru-guru biasa dilihat tidak adil oleh kebanyakan warga pendidik. Wujud jurang pembayaran yang keterlaluan dan perlu dikaji semula oleh Kementerian Pelajaran supaya tidak wujud rasa tidak puas hati di kalangan guru-guru biasa.
Amaun ganjaran bagi guru besar yang dipilih sebagai sekolah berprestasi tinggi ialah RM7000.00 dan dibayar ke dalam akaun guru besar tersebut manakala bagi guru biasa pula cuma RM900.00, manakala kerani pula RM700.00. Dari segi tugasan harian, guru biasa dilihat lebih berat dari segi tugasan harian mereka dimana mereka mengajar, mengatur ko-kurikulum, mendisiplinkan pelajar, ditugaskan merancang dan menyertai lawatan pelajar, menyemak peperiksaan dan sebagainya. Tugas guru besar sememangnya berat juga, akan tetapi lebih dilihat kepada aspek pengurusan sekolah secara keseluruhan serta terlibat juga dalam tugas-tugas mengajar dari masa ke semasa serta mengeluarkan arahan-arahan kepada guru-guru biasa.
Cadangan agar pemberian jurang pemberian ganjaran bagi sekolah berprestasi tinggi ini dikaji semula, contohnya RM5000.00 bagi guru besar dan RM2500-3000 bagi guru biasa dilihat lebih praktikal dan memperlihatkan kerjaan yang adil dalam menjaga kebajikan ribuan warga guru di Malaysia dan lebih mesra rakyat.
Wujud juga keadaan dimana perpindahan guru besar ke sekolah lain sebelum dasar sekolah berprestasi tinggi ini diumumkan dimana wujud ketidakadilan dimana pemberian ganjaran diberikan kepada guru besar yang baru sedangkan yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga sekolah mencapai status sekolah berprestasi tinggi ini adalah guru besar yang lama yang telah dipindahkan tersebut.
Cadangan agar pengwujudan tempoh tertentu bagi menentukan guru besar yang mana yang layak untuk mendapatkan ganjaran tersebut memandangkan salah satu faktor yang membuatkan seseorang guru besar berpindah ialah kecermerlangan beliau dalam menguruskan sekolah dan dipindahkan atas dasar ingin merubah sekolah yang tidak baik kepada baik.
Adalah dicadangkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia mempertimbangkan perkara ini kerana ianya telah menjadi isu di kalangan guru-guru terutama di kalangan guru-guru biasa di Sarawak dan isu pembangkang dalam kempen mereka.

Monday, July 18, 2011

PERHIMPUNAN MOCS TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN

MOCS adalah nama singkatan Movement of Change for Sarawak. Akan tetapi, apa yang ingin diubah oleh MOCS sedangkan rakyat telah memilih kerajaan negeri sedia ada dalam pilihanraya ke 10 yang lepas. Adakah Sarawak tidak berubah selama ini. Adakah pelancaran SCORE tidak membawa perubahan apa-apa kepada Sarawak? Jelas, bahawa perhimpunan ini juga sama seperti perhimpunan Bersih, yang dilihat pro pembangkang dan anti kerajaan.
Adakah MOCS bersih? Kebanyakan yang menyertai perhimpunan ini adalah di kalangan mereka yang kecewa tidak diberi perhatian dalam parti masing-masing. MOCS dinasihatkan agar melihat kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan publisiti individu yang meninginkan nama mereka diselitkan di dada suratkhabar.
Apatah lagi perhimpunan ini diadakan pada bulan Ramadhan...adakah pihak penganjur mempunyai rasa hormat mengenai sensiviti kaum lain atau sahabat muslim kita. Justeru itu, MOCS seharusnya diharamkan dan tidak diberi peluang langsung untuk mendapatkan permit untuk berhimpun walaupun dakwaan mereka ianya merupakan perhimpunan haram. Apakah pendapat anda.

Thursday, July 7, 2011

PERHIMPUNAN BERSIH TIADA FAEDAH

Perhimpunan Bersih kerana ketidakpuasan hati mengenai sistem pilihanraya negara ini menunjukkan ketidakmatangan penganjur mengenai sistem pilihanraya di negara kita. Sekiranya sistem pilihanraya di negara kita tidk adil, mengapa pembangkang boleh menang. apabila pembangkang menang, tiada pula kenyataan tidak adil dikeluarkan. Apabila BN memang, macam-macam.
Kita sebagai rakyat harus berfikir kesan dari perhimpunan bersih ini. Terdahulu dibenarkan, mereka menimbulkan huru-hara sehingga media asing menyiarkan mengenai sistem demokrasi di Malaysia yang rata-ratanya pro kepada pembangkang. akan tetapi kita harus sedar apa yang kita kecapi sekarang bukan usaha dari pihak pembangkang akan tetapi dari Barisan Perikatan dan disinambungkan dengan parti Barisan Nasional hingga sekarang, Janganlah kerana inginkan sesuatu untuk kepentingan sendiri, negara kita terjual apabila pihak atau anasir-anasir mengambil peluang kerana melihat rakyat yang tidak bersatu padu.

Tuesday, July 5, 2011

HIMPUNAN BERSIH TAPI HARAM 2.0

Himpunan BERSIH terdahulu menyababkan banyak kemusnahan harta benda awam dam premis perniagaan dan telah menyebabkan kerugian. Bersihkah kesan dari perhimpunan ini? Sekiranya tujuan BERSIH iaialh untuk memprotes tatacara pilihanraya di negara ini dipertikaikan, semestinya ada cara diplomasi difikirkan oleh pemimpin-pemimpin BERSIH dimana pemimpin-pemimpin BERSIH merupakan terdiri dari golongan cerdik pandai.

Adakah golongan cerdik pandai pemimpin BERSIH ini berfikiran waras dengan meletakan golongan yang menyertai perhimpunan ini terdedah kepada kecederaan dan kemalangan semasa perhimpunan?

Justeru itu, sama-samalah kita memcegah perhimpunan BERSIH ini daripada mengamcam keselamatan negara kita yang aman selama ini.

Sunday, July 3, 2011

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

Perhimpunan terdahulu iaitu 1.0 telah menyaksikan banyak kerosakan harta benda awam, kecederaan dan kemusnahan harta benda disamping menrugikan para peniaga. Adakah misi BERSIH dan anda yang menyertai perhimpunan haram ini tercapai.
Ini BERSIH hendak mengadakan perhimpunan haram ini di Kuching pula.... apakah jadahnya atau tujuan BERSIH ini. Adakah ianya wajar meracuni anak-anak Sarawak untuk menyertai BERSIH yang kononnya bersih namun TAK BERSIH.
Justeru itu kawan-kawan, marilah kita bersatu jangan suruh BERSIH ke negeri Sarawak yang kita Cintai ini.

Saturday, July 2, 2011

PERHIMPUNAN HARAM 2.0

Setiap perhimpunan seharusnya dilakukan mengikut lunas-lunas undang-undang. Perhimpunan BERSIH 1.0 terdahulu menyaksikan banyak kemusnahan harta benda awam, kerugian premis perniagaan disamping mengancam nyawa dan ketenteraman awam. Justeru itu, wajarkah perhimpunan seperti ini dihalalkan untuk diadakan lagi demi meraih publisiti murahan pihak tertentu.
Bagi peserta yang menyertai perhimpunan, persoalan seperti ini boleh ditanya sekiranya anda ingin menyertai perhimpunan ini.
i) Adakah berbaloi atau menguntungkan bagi anda sekiranya menyertai perhimpunan ini.
ii) Sekiranya dibayar, berapakah jumlahnya dan adakah wajar anda menilai nyawa anda dengan wang ringgit?
iii) Adakah ini cara anda menunjukkan ketidakpuashatian anda terhadap sistem pilihanraya di negara kita yang kita praktikan selama ini?
iv) Adakah anda nampak pemimpin-pemimpin pembangkang menyertai betul-betul perhimpunan ini?
v) Untuk apakah perhimpunan ini dan faedahnya kepada siapa?
Justeru itu, saya menyeru supaya kita JANGAN sekali-kali membawa budaya ganas ke negara kita yang kita cintai ini.

PERHIMPUNAN HARAM 2.0

Perhimpunan Haram yang dianjurkan oleh BERSIH tidaklah begitu bersih seperti yang difahamkan, malah anjuran yang pertama menyaksikan kemusnahan harta benda awam, kerugian kepada para peniaga dan sebagainya, malah ianya telah memberi tanggapan buruk pelabur dan pelancong asing terhadap Malaysia. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia inginkan apa yang berlaku di Libya, Yaman dan Mesir berlaku di negara kita yang aman damai selama ini yang kita kecapi hasil dari perjuangan dan tumpah darah nenek moyang kita masa dulu?
Sekiranya perhimpunan ini BERSIH seperti mana nama BERSIH itu sendiri, sudah pasti ianya akan dilakukan secara aman, namun perhimpunan pertama dahulu menyaksikan kecederaan terhadap peserta perhimpunan, pihak berkuasa dan kemusnahan harta benda malah menyebabkan kesesakan jalan yang teruk. Adakah ini BERSIH atau BERSIH sekadar nama sahaja.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, saya mengutuk perhimpunan seperti ini yang dilihat akan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Sekiranya rakyat tidak berpuashati mengenai sesuatu perkara, biarlah ianya dibuat secara diplomasi. Contohnya sekiranya BERSIH tidak puas hati dengan sistem pilihanraya di Malaysia atau wujud salah laku semasa pilihanraya, pihak BERSIH boleh ke mana-mana pejabat SPR dengan mengemukakan bukti, bukannya dengan mengadakan perhimpunan haram yang akan merugikan semua pihak termasuk pihak kerajaan dan pembangkang. Justeru itu, saya menyeru kepada semua supaya berfikir dahulu sebelum menyertai perhimpunan haram ini kerana sekiranya berlaku, ianya mungkin membawa kemudaratan kepada anda, keluarga dan kaum anda. Fikirkan......