Pages

Saturday, July 2, 2011

PERHIMPUNAN HARAM 2.0

Perhimpunan Haram yang dianjurkan oleh BERSIH tidaklah begitu bersih seperti yang difahamkan, malah anjuran yang pertama menyaksikan kemusnahan harta benda awam, kerugian kepada para peniaga dan sebagainya, malah ianya telah memberi tanggapan buruk pelabur dan pelancong asing terhadap Malaysia. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia inginkan apa yang berlaku di Libya, Yaman dan Mesir berlaku di negara kita yang aman damai selama ini yang kita kecapi hasil dari perjuangan dan tumpah darah nenek moyang kita masa dulu?
Sekiranya perhimpunan ini BERSIH seperti mana nama BERSIH itu sendiri, sudah pasti ianya akan dilakukan secara aman, namun perhimpunan pertama dahulu menyaksikan kecederaan terhadap peserta perhimpunan, pihak berkuasa dan kemusnahan harta benda malah menyebabkan kesesakan jalan yang teruk. Adakah ini BERSIH atau BERSIH sekadar nama sahaja.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, saya mengutuk perhimpunan seperti ini yang dilihat akan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Sekiranya rakyat tidak berpuashati mengenai sesuatu perkara, biarlah ianya dibuat secara diplomasi. Contohnya sekiranya BERSIH tidak puas hati dengan sistem pilihanraya di Malaysia atau wujud salah laku semasa pilihanraya, pihak BERSIH boleh ke mana-mana pejabat SPR dengan mengemukakan bukti, bukannya dengan mengadakan perhimpunan haram yang akan merugikan semua pihak termasuk pihak kerajaan dan pembangkang. Justeru itu, saya menyeru kepada semua supaya berfikir dahulu sebelum menyertai perhimpunan haram ini kerana sekiranya berlaku, ianya mungkin membawa kemudaratan kepada anda, keluarga dan kaum anda. Fikirkan......

No comments: