Pages

Thursday, July 21, 2011

ISU KETUA-KETUA MASYARAKAT & KETUA-KETUA KAUM

Biasanya, ketua-ketua masyarakat di negara kita terdiri dari golongan emas berusia 55 tahun ke atas. Tidak dinafikan terdapat juga antara mereka yang sihat dari segi fizikal dan mental, namun kebanyakkan dari mereka mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penglihatan yang menghadkan mereka menjalankan tugasan harian mereka. Justeru itu, cadangan-cadangan berikut boleh dipertimbangkan bagi mengwujudkan perlaksanaan tugasan yang lebih berkesan kepada semua ketua-ketua masyarakat di Malaysia.
1. Cadangan menwujudkan sebuah jabatan yang khas bagi menjaga kebajikan ketua-ketua masyarakat seperti jabatan-jabatan kerajaan yang biasa. Ini secara tidak langsung dapat menyelesaikan permasalahan tiada surat perlantikan dan menwujudkan sistem data bagi ketua-ketua masyarakat yang telah pencen disamping dapat memantau tahap kesihatan mereka.
2. Dengan pengwujudan jabatan, maka jabatan tersebut boleh memohon khidmat kenderaan kerajaan dan pemandu bagi menjalankan tugas-tugas mereka dimana ini mengurangkan risiko ketua masyarakat dari segi keselamatan terutama di kalangan ketua-ketua masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan. Disamping itu, pengwujudan jawatan pemandu juga sedikit sebanyak menyumbang kepada pengurangan pengangguran dalam negara kita.
3. Tugasan Ketua Kaum masa kini tidak sama dengan tugasan ketua masyarakat dahulu. Sekarang ketua kaum akan menghadiri kursus, menghadiri jemputan, memberi perkhidmatan kepada rakyat yang OKU, berjumpa dengan wakil rakyat dan sebagainya. Semua tugasan ini memerlukan pergerakan menggunakan kenderaan dan pemandu. Tugasan tidak akan dapat dijalankan sekiranya seseorang ketua kaum tersebut mempunyai masalah seperti masalah penglihatan, tidak tahu memandu dan sebagainya yang kesannya akan mencacatkan perkhidmatan mereka serta pemberian maklumat kepada kerajaan.
Justeru itu, cadangan eperti tersebut diatas boleh dipertimbangkan dalam usaha kita memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat selaras dengan Konsep 1Malaysia.

No comments: