Pages

Tuesday, July 28, 2009

PAS & CAWAT

Kenyataan Presiden PAS Datuk Dr. Abd. Hadi Awang yang seolah-olah melabel pengundi-pengundi di Batang Ai, Sarawak sebagai ketingalan zaman, berfikiran kolot dan masih memakai cawat dalam membuang undi mereka adalah satu dakwaan yang berbentuk perkauman. Andaian beliau yang mendakwa bahawa sesiapa yang berpakaian molek seperti para pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Manek Urai mengundi PAS, yang kurang molek, masih pakai cawat undi Barisan Nasional seperti di Sarawak.

Ini menjurus kepada sentimen anti PAS di Sarawak terutama di kalangan bumiputera bukan Islam seperti Iban, Bidayuh, Orang Ulu, malah majoriti rakyat Sarawak termasuk yang muslim. Kenyataan ini berbau perkauman dan mengutuk sejarah pemakaian orang asli di Sarawak.

Manusia ini pelbagai, kadang-kadang apa yang dilihat molek luarannya, dalaman kita tidak tahu. Kadang-kadang yang berpakaian molek inilah golongan yang paling buruk macam syaitan. Kadang-Kadang kita tidak tahu apa yang kita pelajari dan percayai.

Tuhan maha adil, kadang-kadang apa yang kita buat sekarang akan menerima nasib yang sama dan setimpal. Mungkin tidak sekarang, mana tau nasib anak cucu kita. Jadi kalau bercakap, jagalah bahasa, permaikan budaya Malaysia, hormati budaya orang lain, nescaya negara makmur dan damai.

Terima kasih.

Thursday, July 16, 2009

KEUNTUNGAN YANG MELAMPAU

Setiap rakyat terutama di luar bandar inginkan pembangunan. Setiap kontraktor pula inginkan kontrak untuk dilaksanakan. Terdapat kontrak yang dilaksanakan dengan baik sekali dan menepati specifikasi yang dikehandaki. Namun terdapat juga projek yang dilaksanakan tidak setimpal dengan jumlah peruntukan.

Semua kontraktor ingin keuntungan dalam setiap projek yang dilaksanakan. Namun keuntungan yang melampau seperti projek yang berjumlah RM100,000.00 dilaksanakan dengan anggaran sejumlah RM20,000.oo saja. Ini juga kerana kerenah kontraktor yang suka subkan kontrak-kontrak yang diberi kepada mereka. Ini bukan sahaja merugikan kontraktor malah rakyat sendiri. Nama mereka akan disenaraikan hitamkan membuatkan mereka susah mendapatkan kontrak yang lain.

Agensi-agensi kerajaan yang memantau kerja juga perlu membuat penilaian yang baik dan mengikut specifikasi. Jangan main tengok dan lulus saja kerana habuan yang mendatang.

Beringatlah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.