Pages

Thursday, July 16, 2009

KEUNTUNGAN YANG MELAMPAU

Setiap rakyat terutama di luar bandar inginkan pembangunan. Setiap kontraktor pula inginkan kontrak untuk dilaksanakan. Terdapat kontrak yang dilaksanakan dengan baik sekali dan menepati specifikasi yang dikehandaki. Namun terdapat juga projek yang dilaksanakan tidak setimpal dengan jumlah peruntukan.

Semua kontraktor ingin keuntungan dalam setiap projek yang dilaksanakan. Namun keuntungan yang melampau seperti projek yang berjumlah RM100,000.00 dilaksanakan dengan anggaran sejumlah RM20,000.oo saja. Ini juga kerana kerenah kontraktor yang suka subkan kontrak-kontrak yang diberi kepada mereka. Ini bukan sahaja merugikan kontraktor malah rakyat sendiri. Nama mereka akan disenaraikan hitamkan membuatkan mereka susah mendapatkan kontrak yang lain.

Agensi-agensi kerajaan yang memantau kerja juga perlu membuat penilaian yang baik dan mengikut specifikasi. Jangan main tengok dan lulus saja kerana habuan yang mendatang.

Beringatlah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

No comments: