Pages

Wednesday, April 29, 2009

"CRAB MENTALITY" APA MAKSUDNYA?

Apa crab mentality ini? Apa maksudnya? Adakah cara kita berfikir macam Ketam? Adakah kita sebagai rakyat Malaysia suka menjatuhkan seseorang yang menjadi pemimpin atas dasar mungkin cemburu atau iri hati?

Isu tidak terdapat seorangpun di kalangan wakil kaum Bidayuh di dalam kabinet yang diumumkan baru-baru ini, telah menjurus kepada penuduhan kepada rakyat atau sesesorang yang cuba menjatuhkan seorang ahli parlimen yang memegang jawatan penting dalam kerajaan iaitu Timbalan Menteri. Rakyat dituduh menjadi penyebab kenapa beliau tidak dicalonkan lagi kerana terdapat segolongan individu yang cuba mensabotaj dan menuduh beliau. Bukan sahaja rakyat, kemungkinan segolongan individu berpengaruh yang tidak menyukai beliau memegang jawatan tersebut.

Pada pendapat saya, rakyat sudah pandai menilai prestasi dan kelakuan seseorang yang telah dilantik dan memegang jawatan penting dalam kerajaan, seperti timbalan menteri. Tengoklah kawasan yang beliau wakili, ada perubahan yang ketara ke tidak? Kita soallah diri sendiri! Perubahan yang ketara dan yang melampau dapat dilihat pada golongan yang berkepentingan kepada beliau sahaja. Ada yang jadi ribuan, malah jadi jutawan dalam sekelip mata. Tapi rakyat dan pembangunan kawasan masih di tokok yang sama. Kadang-kadang kelakuan yang terlalu ego sebab memegang jawatan timbalan menteri menyumbang kepada ketidakhormatan terhadap ahli-ahli majlis tertinggi parti yang lain menyebabkan beliau tidak dihormati oleh ahli-ahli yang lain.

Pada saya terdapat banyak kemungkinan sebab kenapa seseorang tidak dilantik memegang jawatan menteri atau timbalan menteri. Antaranya:-
i) Prestasi yang tidak memuaskan hati rakyat majoriti.
ii) Tidak menunjukan sifat yang baik sebagai seorang menteri atau timbalan menteri.
iii) Seseorang yang tidak mampu menghormati rakan-rakan beliau dalam sesebuah parti
menyebabkan beliau tidak dicalonkan lagi.
iv) Tuduhan terhadap rakan-rakan lain yang tidak berasas, apatah lagi rakan-rakan tersebut
memegang jawatan yang lebih tinggi dalam parti.
v) Sumbangan kepada seseorang sahaja yang mendapat manfaat daripada projek-projek
pembangunan di kawasan beliau.
vi) Menjadi duri dalam daging dalam pilihan raya
vii) Menuduh pemimpin-pemimpin lain seperti ketua masyarakat menentang beliau tanpa
yang sahih.
viii) Pilih Kasih tapi tidak kasih kepada rakyat.
Xi) Salahguna kuasa.
Dan banyak lagi sebab-sebab lain.

Justeru itu, pada pendapat TIDAK WAJAR menuduh sesiapa dalam hal tiada wakil rakyat Bidayuh dalam Kabinet, terutama kepada rakyat. Jawapannya ada pada orang yang menyatakan "CRAB MENTALITY" di dalam akhbar baru-baru ini. Mungkin juga orang yang menyatakan perkataan ini mempunyai kepentingan untuk menjadi wakil rakyat atau mengunakan jawatan pengerusi persatuan bukan kerajaan sebagai medan untuk berpolitik dan menarik perhatian rakyat terhadap isu ini.

Pendapat anda untuk mengupas perkara ini adalah dialu-alukan.

TIADA BIDAYUH DALAM KABINET

Pengumuman kabinet baru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menunjukkan masih tiada wakil dari kaum minoriti Bidayuh di barisan kabinet ini. Di Sarawak, ahli parlimen di kalangan masyarakat Bidayuh terdiri daripada 3 orang yang masing-masing mewakili tiga parti yang berbeza, 1 PBB, 1 SUPP dan 1 SPDP. Dapat dilihat dari sejarah bahawa kaum Bidayuh tetap setia dan menyokong agenda pembangunan Barisan Nasional. Akan tetapi masih tiada wakil dari kaum Bidayuh dalam kabinet baru Datuk Seri Najib maupun kabinet mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun isu ini sengaja digemparkan dan digemburkan oleh sesetangah pihak. Pelbagai persoalan timbul seperti adakah nilai kesetiaan kaum Bidayuh kepada BN selama ini sehingga tiada seorang pun dilantik menjawat menteri atau timbalan menteri.

Pada pendapat saya, ada ke tidak ke wakil dari kaum Bidayuh dalam kabinet bukan persoalannya. Persoalannya adakah pengwujudan seorang atau lebih kaum Bidayuh dalam kabinet yang memegang jawatan menteri atau timbalan menteri mampu mengubah atau membawa pembangunan yang besar ke kawasan Bidayuh?

Kalau dilihat pada sejarah, berapa banyak timbalan menteri atau menteri di kalangan kaum Bidayuh telah dilantik samada di peringkat Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, namun tinjauan kawasan menunjukkan tiada perubahan yang ketara berlaku. Cuma yang dapat didengar, andaian yang mengatakan bahawa mereka bekerja untuk kepentingan diri sendiri sahaja dan bukan untuk rakyat. Rakyat masih di tokok yang sama, namun mereka menjadi kaya raya. Kedengaran juga andaian mereka meluluskan projek bernilai jutaan ringgit di negeri lain, akan tetapi di kawasan sendiri, nilai projek cuma di tokok projek-projek kecil luar bandar sahaja.

Kesimpulannya, ketiadaan wakil rakyat di kalangan kaum Bidayuh bukan bermakna kerajaan melupakan terus kaum kita. Justeru itu, saya menyeru kepada rakan Bidayuh yang lain, janganlah terlalu emosi mengenai perkara ini, cuba lihat dari perspektif yang positif seperti menjadi titik tolak kepada kita untuk menjadi lebih tekun bekerja dan terus berusaha mengubah nasib kita. Kita tidak akan berubah melainkan kita mengubah diri kita sendiri untuk maju ke hadapan dan saya melihat samada salah satu bangsa memegang jawatan tinggi bukanlah satu faktor yang penting yang mampu membawa kejayaaan kita. Sama-samalah kita renungkan.

BN MENANG DI BATANG AI, APA SELEPAS INI?

Keputusan pilihanraya kecil N29 Batang Air biarpun telah diketahui umum, namun kesannya kepada situasi politik akan semakin rancak. Andaian sesetengah pihak akan kemenangan BN telah dijangka memandangkan pihak pembangkang lebih menumpukan kepada pilihan raya Bukit Gantang dengan Bukit Selambau.

Walaupun begitu, dalam pilihan raya ini kedengaran pelbagai janji-janji telah dijanjikan oleh wakil rakyat BN dan wakil rakyat pembangkang. Justeru itu, hasil keputusan pilihanraya yang berpihak kepada BN, maka pihak BN seharusnya berusaha menunaikan janji-janji yang dibuat.

Pelaksanaan janji-janji ini akan mewarnai keputusan pilihanraya akan datang, iaitu dijangka diadakan pada tahun 2011 di Sarawak. Maka untuk mengekalkan kepercayaan rakyat terutama di luar bandar terhadap BN, maka janji-janji yang telah ditabur harus dilaksanakan dengan sewajarnya. Janji tetap janji walaupun dibuat secara vokal, namun seboleh-bolehnya harus ditepati demi membawa pembangunan kepada masyarakat luar bandar.