Pages

Wednesday, April 29, 2009

"CRAB MENTALITY" APA MAKSUDNYA?

Apa crab mentality ini? Apa maksudnya? Adakah cara kita berfikir macam Ketam? Adakah kita sebagai rakyat Malaysia suka menjatuhkan seseorang yang menjadi pemimpin atas dasar mungkin cemburu atau iri hati?

Isu tidak terdapat seorangpun di kalangan wakil kaum Bidayuh di dalam kabinet yang diumumkan baru-baru ini, telah menjurus kepada penuduhan kepada rakyat atau sesesorang yang cuba menjatuhkan seorang ahli parlimen yang memegang jawatan penting dalam kerajaan iaitu Timbalan Menteri. Rakyat dituduh menjadi penyebab kenapa beliau tidak dicalonkan lagi kerana terdapat segolongan individu yang cuba mensabotaj dan menuduh beliau. Bukan sahaja rakyat, kemungkinan segolongan individu berpengaruh yang tidak menyukai beliau memegang jawatan tersebut.

Pada pendapat saya, rakyat sudah pandai menilai prestasi dan kelakuan seseorang yang telah dilantik dan memegang jawatan penting dalam kerajaan, seperti timbalan menteri. Tengoklah kawasan yang beliau wakili, ada perubahan yang ketara ke tidak? Kita soallah diri sendiri! Perubahan yang ketara dan yang melampau dapat dilihat pada golongan yang berkepentingan kepada beliau sahaja. Ada yang jadi ribuan, malah jadi jutawan dalam sekelip mata. Tapi rakyat dan pembangunan kawasan masih di tokok yang sama. Kadang-kadang kelakuan yang terlalu ego sebab memegang jawatan timbalan menteri menyumbang kepada ketidakhormatan terhadap ahli-ahli majlis tertinggi parti yang lain menyebabkan beliau tidak dihormati oleh ahli-ahli yang lain.

Pada saya terdapat banyak kemungkinan sebab kenapa seseorang tidak dilantik memegang jawatan menteri atau timbalan menteri. Antaranya:-
i) Prestasi yang tidak memuaskan hati rakyat majoriti.
ii) Tidak menunjukan sifat yang baik sebagai seorang menteri atau timbalan menteri.
iii) Seseorang yang tidak mampu menghormati rakan-rakan beliau dalam sesebuah parti
menyebabkan beliau tidak dicalonkan lagi.
iv) Tuduhan terhadap rakan-rakan lain yang tidak berasas, apatah lagi rakan-rakan tersebut
memegang jawatan yang lebih tinggi dalam parti.
v) Sumbangan kepada seseorang sahaja yang mendapat manfaat daripada projek-projek
pembangunan di kawasan beliau.
vi) Menjadi duri dalam daging dalam pilihan raya
vii) Menuduh pemimpin-pemimpin lain seperti ketua masyarakat menentang beliau tanpa
yang sahih.
viii) Pilih Kasih tapi tidak kasih kepada rakyat.
Xi) Salahguna kuasa.
Dan banyak lagi sebab-sebab lain.

Justeru itu, pada pendapat TIDAK WAJAR menuduh sesiapa dalam hal tiada wakil rakyat Bidayuh dalam Kabinet, terutama kepada rakyat. Jawapannya ada pada orang yang menyatakan "CRAB MENTALITY" di dalam akhbar baru-baru ini. Mungkin juga orang yang menyatakan perkataan ini mempunyai kepentingan untuk menjadi wakil rakyat atau mengunakan jawatan pengerusi persatuan bukan kerajaan sebagai medan untuk berpolitik dan menarik perhatian rakyat terhadap isu ini.

Pendapat anda untuk mengupas perkara ini adalah dialu-alukan.

No comments: