Pages

Monday, January 19, 2009

PRESIDEN BARU AMERIKA SYARIKAT

Hari ini, 20 Januari 2009, Presiden baru Amerika Syarikat Barrack Obama akan secara rasminya akan memasuki White House mengambilalih tempat George W. Bush. Beliau merupakan presiden kulit hitam pertama USA dan banyak pengharapan baru dari rakyat Amerika dan seluruh dunia sendiri mengenai soal dasar luar Amerika, ekonomi dan sebagainya terhadap beliau.

Semoga Barrack Obama dapat mentadbir Amerika seadil-adilnya dan akan membuka lembaran baru kepada tanggapan dunia terhadap Amerika yang selama ini lebih menjurus kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

Perlantikan beliau juga telah sedikit sebanyak menyumbang kepada genjatan senjata dan pengunduran tentera Israel dari bumi Gaza dan ini dianggap sebagai satu rahmat kepada keamanan dunia.

GENJATAN SENJATA BERKUASA DI DI GAZA

Akhirnya, berita genjatan senjata yang telah diusahakan oleh Mesir dan desakan-desakan pihak antarabangsa untuk menguatkuasakan genjatan senjata walaupun selama seminggu antara Israel & Hamas telah sedikit sebanyak melegakan rakyat Palestin yang semenjak 27 Disember 2008 diserang oleh Israel. Kesan-kesan kemanusiaan yang trajik dapat dilihat akibat peperangan ini seperti kehilangan nyawa dan harta benda. Mengikut sumber-sumber sebanyak USD1.2 billion diperlukan untuk memulihkan semula Gaza dimana kebanyakan rumah, sistem pengangkutan dan sebagainya rosak teruk sama sekali.

Presiden Israel Ehud Olmert telah mengarahkan tenteranya segera berundur dari Gaza dalam tempoh 1 minggu dengan syarat tiada lagi roket dari Hamas mencecah wilayah selatan Israel. Pengunduran tentera Israel dianggap oleh pemimpin Hamsa sebagai kemenangan seluruh rakyat Palestine, dunia Arab dan Hamas terhadap Israel. Walaupun begitu, kemenangan yang terpaksa mengorbankan banyak nyawa dan harta benda adalah kemenangan yang menjuruskan kepada perasaan dendam yang begitu dalam di kalangan rakyat Palestine dan Hamas terhadap Israel yang boleh mengancam genjatan senjata ini.

Bila agaknya pensengketaan antara Israel dan Palestine ini akan berakhir. Tuhan saja yang tahu. Pelbagai usaha telah diusahakan dari pihak PBB, EU, OIC, ASEAN dan sebagainya, namun masih menemui jalan buntu. Maka sama-samalah kita rakyat Malaysia berdoa agar kedua-dua pihak bertelagah duduk berunding dan peperangan bukanllah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Monday, January 12, 2009

GAZA BERDARAH

Serangan tentera Israel semenjak 27 Disember 2008 ke atas Gaza telah menyebabkan kematian sebanyak lebih kurang 850 orang setakat ini dan menyebabkan lebih 3000 orang cedera parah. Kezaliman Israel ini dikatakan bermula ekoran daripada dakwaan yang pihak Hamas sering melancarkan serangan roket ke Israel dari Gaza. Sejauhmana dakwaan ini betul, cuma Israel dan Hamas saja yang tahu.

Ekoran daripada serangan yang dilakukan sampai ke hari ini, pihak parlimen Malaysia beserta dengan kebanyakan masyarakat dunia telah menyatakan bantahan keras terhadap serangan Israel. Saranan Tribunal Antarabangsa untuk mengheret penjenayah perang ke muka pengadilan harus ditubuhkan melalui Majlis Keselamatan PBB. Saranan genjatan senjata diadakan harus dilakukan dengan segera dan bumi Gaza harus dikawal oleh pasukan pengaman PBB. Akan tetapi bila pihak PBB boleh melakukan tugas sebagai badan antarabangsa apabila tindak tanduk PBB sendiri mampu dikawal oleh sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat.

Akibat dari dendam yang begitu tebal sekali, adalah dirasakan proses damai agak mustahil dicapai buat masa ini, apatah lagi bumi Gaza sekarang ini dihujani dengan pelbagai jenis senjata Israel.

Pembunuhan berlaku disana sini, penduduk diam dalam ketakutan, anak-anak senantiasa menempuh bahaya setiap hari dan sebagainya berlaku di Gaza. Hati saya terlalu kasihan melihat kanak-kanak yang tidak berdosa dan belum mengenal erti peperangan terbunuh dalam peperangan manusia yang gilakan kuasa.

Sama-samalah kita berdoa agar peperangan ini berakhir dan supaya dunia ini hidup dengan aman dan harmoni.

BANJIR DI SARAWAK

Hujan yang turun semenjak hari Jumaat lepas iaitu pada 9 Januari 2009 yang lepas telah mengakibatkan keadaan banjir yang dahsyat sekali di kebanyakan tempat di Sarawak. Kalau kita lihat suratkhabar hari ini banyak aktiviti harian telah dibatalkan seperti sekolah, aktiviti pengangkutan dan sebagainya telah dibatalkan. Banyak kakitangan swasta dan kerajaan tidak turun ke tempat kerja kerana tersekat akibat banjir.

Ini ditambah lagi dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di beberapa tempat. Ini merupakan kali ketiga negeri Sarawak ditimpa bencana banjir yang besar selepas tahun 2004 dan 2005. Ada pihak yang percaya permulaan tahun baru 2009 serentak dengan banjir dan keadaan ekonomi yang tidak menentu adalah satu permulaan yang tidak baik.

Terdapat kawasan perumahan yang dilanda banjir menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan menyalahkan kerajaan akibat pembangunan dan pembinaan jalan raya yang mengakibatkan paras jalan lebih tinggi dari taman perumahan mereka. Ada pula yang menyalahkan barrage di Sungai Sarawak menjadi punca kejadian banjir khususnya di bandar Kuching.

Walaupun apa alasan yang diberi, kita perlu faham yang banjir adalah fenomena alam sekitar yang kita yang tinggal di kawasan hutan hujan tropika tidak akan dapat lari dari masalah ini. Namun begitu, kerajaan perihatin dengan permasalahan ini dan berusaha untuk membantu dengan sedaya upaya. Seruan supaya pihak pembangkang khususnya di kawasan bandar memberi bantuan kepada rakyat juga dialu-alukan supaya mereka dapat menyumbang kepada mereka yang memerlukannya.