Pages

Monday, January 12, 2009

GAZA BERDARAH

Serangan tentera Israel semenjak 27 Disember 2008 ke atas Gaza telah menyebabkan kematian sebanyak lebih kurang 850 orang setakat ini dan menyebabkan lebih 3000 orang cedera parah. Kezaliman Israel ini dikatakan bermula ekoran daripada dakwaan yang pihak Hamas sering melancarkan serangan roket ke Israel dari Gaza. Sejauhmana dakwaan ini betul, cuma Israel dan Hamas saja yang tahu.

Ekoran daripada serangan yang dilakukan sampai ke hari ini, pihak parlimen Malaysia beserta dengan kebanyakan masyarakat dunia telah menyatakan bantahan keras terhadap serangan Israel. Saranan Tribunal Antarabangsa untuk mengheret penjenayah perang ke muka pengadilan harus ditubuhkan melalui Majlis Keselamatan PBB. Saranan genjatan senjata diadakan harus dilakukan dengan segera dan bumi Gaza harus dikawal oleh pasukan pengaman PBB. Akan tetapi bila pihak PBB boleh melakukan tugas sebagai badan antarabangsa apabila tindak tanduk PBB sendiri mampu dikawal oleh sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat.

Akibat dari dendam yang begitu tebal sekali, adalah dirasakan proses damai agak mustahil dicapai buat masa ini, apatah lagi bumi Gaza sekarang ini dihujani dengan pelbagai jenis senjata Israel.

Pembunuhan berlaku disana sini, penduduk diam dalam ketakutan, anak-anak senantiasa menempuh bahaya setiap hari dan sebagainya berlaku di Gaza. Hati saya terlalu kasihan melihat kanak-kanak yang tidak berdosa dan belum mengenal erti peperangan terbunuh dalam peperangan manusia yang gilakan kuasa.

Sama-samalah kita berdoa agar peperangan ini berakhir dan supaya dunia ini hidup dengan aman dan harmoni.

No comments: