Pages

Monday, January 12, 2009

BANJIR DI SARAWAK

Hujan yang turun semenjak hari Jumaat lepas iaitu pada 9 Januari 2009 yang lepas telah mengakibatkan keadaan banjir yang dahsyat sekali di kebanyakan tempat di Sarawak. Kalau kita lihat suratkhabar hari ini banyak aktiviti harian telah dibatalkan seperti sekolah, aktiviti pengangkutan dan sebagainya telah dibatalkan. Banyak kakitangan swasta dan kerajaan tidak turun ke tempat kerja kerana tersekat akibat banjir.

Ini ditambah lagi dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di beberapa tempat. Ini merupakan kali ketiga negeri Sarawak ditimpa bencana banjir yang besar selepas tahun 2004 dan 2005. Ada pihak yang percaya permulaan tahun baru 2009 serentak dengan banjir dan keadaan ekonomi yang tidak menentu adalah satu permulaan yang tidak baik.

Terdapat kawasan perumahan yang dilanda banjir menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan menyalahkan kerajaan akibat pembangunan dan pembinaan jalan raya yang mengakibatkan paras jalan lebih tinggi dari taman perumahan mereka. Ada pula yang menyalahkan barrage di Sungai Sarawak menjadi punca kejadian banjir khususnya di bandar Kuching.

Walaupun apa alasan yang diberi, kita perlu faham yang banjir adalah fenomena alam sekitar yang kita yang tinggal di kawasan hutan hujan tropika tidak akan dapat lari dari masalah ini. Namun begitu, kerajaan perihatin dengan permasalahan ini dan berusaha untuk membantu dengan sedaya upaya. Seruan supaya pihak pembangkang khususnya di kawasan bandar memberi bantuan kepada rakyat juga dialu-alukan supaya mereka dapat menyumbang kepada mereka yang memerlukannya.

No comments: