Pages

Sunday, March 8, 2009

ISU PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH OLEH AGAMA LAIN

Penarikan balik kebenaran pengunaan Allah oleh agama lain selain agama Islam harus diterima dengan terbuka oleh penganut-penganut agama lain. Saya bersetuju dengan kenyataan Dato Seri Zahid Hamidi yang telah menyatakan sebab-sebab yang munasabah penarikan balik tesebut. Ini bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat terutama masyarakat antarabangsa mengenai aspek keagamaan di Malaysia.

Jadi masyarakat yang bukan Islam harus menerima dengan hati yang terbuka dan tidak menjadikan isu ini isu yang besar kerana isu agama adalah isu sensitif yang boleh mengugat keharmonian kaum di Malaysia. Masyarakat Malaysia harus bertolak ansur mengenai perkara ini demi mengekalkan perpaduan dan keamanan yang kita kecapi sekarang.

The issue of TEACHING ENGLISH IN SCIENCE AND MATH

Terkejut saya melihat demonstrasi aman yang bertukar menjadi medan pengaduhan mengenai isu ini. Kalau tidak silap saya, sistem pengajaran Bahasa English dalam matapelajaran Sains dan Matematik telah diperstujui dan telah dilancarkan tidak lama dulu dan telah memberi banyak manafaat bukan sahaja kepada para pelajar akan tetapi juga guru-guru juga di mana peratus para pelajar dan guru yang pandai dalam bahasa English telah meningkat.

Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa English bukan bernmakna kita melupakan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu banyak digunakan dalam subjek-subjek lain seperti subjek Bahasa Malaysia sendiri, Geografi, Sejarah, pendidikan moral dan sebagainya. Malah dalam pengajian Pengajian Am dan banyak subjek-subjek lain di peringkat pengajian tinggi.

Jadi saya bersetuju sekiranya pembelajaran Sains dan Matematik ini DIKEKALKAN demi menempuhi dunia tanpa sempadan masa kini. Terdapat banyak faedah diperolehi bukan sahaja dari pelajar, akan tetapi tenaga pengajar juga semenjak sistem ini diperkenalkan. Andaian bahawa bahasa Melayu akan dilupakan adalah tidak berasas dimana Bahasa Melayu adalah subjek teras dalam sistem pendidikan negara.

Semenjak pembelajaran bahasa English diperkenalkan dalam mata pelajaran sains dan matematik, banyak guru-guru sains dan matematik telah menjalani kursus-kursus tersebut dan memakan kos yang besar demi memahirkan rakyat Malaysia dalam bahasa Inggeris. ADAKAH BERBALOI DIMANSUHKAN PROGRAM ini.

Sama-sama lah kita renungkan

Tuesday, March 3, 2009

SIDANG ADUN PERAK DI BAWAH POKOK

Adalah agak merugikan pembinaan bangunan DUN Perak jika perkara ini berterusan. Pergolakan politik di Perak telah mencatatkan satu episod sejarah dalam negara dimana persidangan DUN telah diadakan di bawah pokok dan disaksikan oleh ribuan penyokong dari Barisan Nasional & Pakatan Rakyat. Tetapi sejarah yang tercipta bukannya mengambarkan pencapaian kegemilangan, akan tetapi mengambarkan satu scenario politik yang tidak stabil di negara kita khasnya di Negeri Perak.

Tindakan saman-menyaman antara wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mengakibatkan scenario politik semakin teruk di negeri Perak. Sampai pergaduhan dengan pihak polis pun berlaku.

Sepanjang gelora scenario politik di Negeri Perak ini berlaku siapa yang menjadi mangsa? Sudah tentu rakyat Perak sendiri. Pada pendapat saya, mana-mana parti yang mempunyai majoriti di Perak mempunyai mamdat untuk membentuk kerajaan seperti yang telah termaktub dalam undang-undang. Isu lompat parti tidak timbul wakil Pakatan Rakyat boleh lompat parti ke Barisan Nasional dan sebaliknya.

Justeru itu, Pakatan Rakyat harus menerima hakikat yang mereka tidak lagi menguasai Kerajaan Negeri Perak. Pilihan Raya pula adalah satu proses yang berterusan yang akan diadakan setiap lima tahun dan Pakatan Rakyat kena menunggu lebih kurang 3-4 tahun sekiranya mereka ingin membentuk kerajaan. Ini kerana kos untuk mengadakan pilihanraya umum di Perak melibatkan wang rakyat yang besar.

Yang penting, terpulanglah kepada RAKYAT PERAK menentukan masa hadapan mereka. Jangan kerana kemelut politik, rakyat jadi mangsa.