Pages

Tuesday, March 3, 2009

SIDANG ADUN PERAK DI BAWAH POKOK

Adalah agak merugikan pembinaan bangunan DUN Perak jika perkara ini berterusan. Pergolakan politik di Perak telah mencatatkan satu episod sejarah dalam negara dimana persidangan DUN telah diadakan di bawah pokok dan disaksikan oleh ribuan penyokong dari Barisan Nasional & Pakatan Rakyat. Tetapi sejarah yang tercipta bukannya mengambarkan pencapaian kegemilangan, akan tetapi mengambarkan satu scenario politik yang tidak stabil di negara kita khasnya di Negeri Perak.

Tindakan saman-menyaman antara wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mengakibatkan scenario politik semakin teruk di negeri Perak. Sampai pergaduhan dengan pihak polis pun berlaku.

Sepanjang gelora scenario politik di Negeri Perak ini berlaku siapa yang menjadi mangsa? Sudah tentu rakyat Perak sendiri. Pada pendapat saya, mana-mana parti yang mempunyai majoriti di Perak mempunyai mamdat untuk membentuk kerajaan seperti yang telah termaktub dalam undang-undang. Isu lompat parti tidak timbul wakil Pakatan Rakyat boleh lompat parti ke Barisan Nasional dan sebaliknya.

Justeru itu, Pakatan Rakyat harus menerima hakikat yang mereka tidak lagi menguasai Kerajaan Negeri Perak. Pilihan Raya pula adalah satu proses yang berterusan yang akan diadakan setiap lima tahun dan Pakatan Rakyat kena menunggu lebih kurang 3-4 tahun sekiranya mereka ingin membentuk kerajaan. Ini kerana kos untuk mengadakan pilihanraya umum di Perak melibatkan wang rakyat yang besar.

Yang penting, terpulanglah kepada RAKYAT PERAK menentukan masa hadapan mereka. Jangan kerana kemelut politik, rakyat jadi mangsa.

No comments: