Pages

Sunday, February 8, 2009

ISU PENCEN

Hari ini saya balik ke kampung saya berjumpa dengan bapa saya. Saya merasa agak terkilan apabila saya dimaklumkan oleh bapa saya yang beliau cuma menerima pencen sebanyak RM497.90 sahaja sebulan kerana beliau cuma berkhidmat selama 23 tahun sahaja sebagai anggota keselamatan iaitu pengakap sempadan di bawah Pasukan Polis Di Raja Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1930-an dan telah sama-sama berjuang menentang pendudukan Jepun dan Komunis khususnya di Sarawak.

Pengumuman kerajaan untuk memberi pencen minimum sebanyak 720.00 sebulan kepada pesara yang berkhidmat selama 25 tahun telah memberi sedikit kelegaan kepada pesara yang menerimanya. Akan tetapi bagaimana pula dengan pesara yang sama-sama berjuang pada zaman sebelum kemerdekaan akan tetapi cuma diiktiraf berkhidmat selama 20 tahun ke atas atau 15 tahun keatas. Bayangkanlah bila rakan-rakan lain menerima minima 720.00 sebulan dan ada sebilangan ada yang menerima tidak sampai 400.00 sebulan. Ini menimbulkan rasa kurang senang mereka dan membuatkan sebilangan mereka marah kepada polisi kerajaan yang cuma mengiktiraf segolongan sahaja, dan yang lain masih di tokok yang sama, seperti bapa saya.

Justeru itu, saya menyeru supaya pihak kerajaan membuat pertimbangan semula mengenai isu tempoh perkhidmatan dan kelayakan untuk dimasukan ke dalam skim baru ini. Biarlah semua merasa sedikit kesenangan untuk menjalani sisa-sisa kehidupan mereka sekarang. Mereka telah sama-sama berjuang dan bersabung nyawa demi membebaskan negara kita dari penjajah dan apa yang kita nikmati sekarang adalah hasil dari perjuangan mereka.

Semoga kerajaan melihat isu ini demi mewujudkan apa yang kita promosikan sebagai kerajaan perihatin.

No comments: