Pages

Wednesday, September 22, 2010

KENYATAAN DR. JOHN BRIAN ANTHONY DARI DATAYBARU.COM MENGENAI JASA

Kenyataan Dr. John Brian Anthony dari Dayakbaru.com seolah-olah menyalak tapi tak tahu apa yang disalak. Sekiranya beliau tak tahu mengenai JASA dan peranannya, maka beliau sebagai seorang doktor seharusnya tahu dimana hendak merujuk untuk kepastian.

Peranan JASA ialah bukannya setakat mempertahankan kerajaan sedia ada, malah sedaya upaya mempertahankan keharmonian kaum dan keamanan yang kita kecapi selama ini dan bukannya meracuni pemikiran rakyat terutama Dayak seperti pemikiran Dayakbaru.

Di dalam JASA, ada banyak kakitangan dari kaum Dayak termasuklah Iban dan Bidayuh. Adakah selama ini Dayak dalam JASA makan gaji buta. Apa Dayakbaru.com buat kepada dayak yang tiada kerja?????? Sekiranya, KP Jasa dituduh makan gaji buta, maka seluruh kakitangan JASA juga akan dilabel sebagai makan gaji buta.

Sekiranya ada Dayakbaru, dimana Dayaklama. Sesungguhnya, tiada dayakbaru atau dayaklama. Cuma Dayak sahaja dan di Malaysia, berapa banyak kakitangan dari kaum Dayak malah ada juga yang menjadi pengarah serta memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Menteri dari kaum Dayak terutama Iban juga ada, bukan Melayu sahaja malah Cina, India, Bidayuh Iban, Orang Ulu semuanya ada.

Jadi kepada saudara Dr. John Brian Anthony, janganlah mengatakan sesuatu yang anda tidak pasti untuk mendapat populariti. Negara kita demokrasi, justeru itu amalkan hak anda sekiranya anda rasa anda mampu mengubah pemikiran rakyat semasa pilihan raya akan datang.

Monday, April 5, 2010

ADAKAH GROUP 5 TIDAK AKAN DICALONKAN OLEH SPDP DALAM PRU DUN SARAWAK AKAN DATANG

Setiap parti politik, di mana-mana negara pun, pasti ada ketikanya tidak dapat lari dari politik. Di Malaysia, masalah dalaman parti berlaku, tak kira dalam parti Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.

Di dalam kes Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP), perkara perselisihan faham terutama di kalangan ahli-ahli majlis tertinggi adalah perkara biasa dalam mesyuarat. Namum, telah disensasikan oleh media massa yang kita tahu mempunyai objektif untuk melariskan jualan akhbar mereka.

Usul penggabungan SPDP dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS) timbul apabila kedua-dua parti ini sepakat untuk bergabung dari tahun 2004 lagi dengan tujuan untuk memperkuatkan parti supaya tidak timbul isu duri dalam daging pada setiap pilihan raya. Namun setelah 6 tahun berlalu, usaha penggabungan ini tidak dapat direalisasikan atas mungkin sebab-sebab atau persoalan-persoalan berikut:-

  1. Siapa Presiden jika bergabung? Presiden SPDP sedia ada atau Presiden PRS?
  2. Apa yang saya akan dapat jika bergabung?
  3. Adakah saya tidak akan memegang jawatan penting dalam parti?
  4. Adakah jawatan saya akan terancam jika bergabung?
  5. Bagi yang ingin mempunyai kuasa yang "total" dalam parti seperti mampu mengawal Majlis Tertinggi Parti , Pergerakan Wanita & Pemuda dan mempunyai sumber kewangan yang banyak, pasti mempersoalkan yang penggabungan ini mampu mengancam jawatan beliau sehingga usaha untuk memecahkan parti dibuat secara senyap-senyap seperti apa yang berlaku dalam SPDP.
  6. Dan banyak-banyak lagi persoalan yang lain.
Atas dasar-dasar mementingkan darjat dan jawatan ini, maka dapat dilihat usaha penggabungan ini tidak akan dapat direalisasikan.

Dilihat bahawa the Group 5 mempunyai persoalan berikut terhadap keputusan pengumuman dalam Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi SPDP:-
  1. Perlantikan YB Nelson Balang Rining dilantik sebagai Setiausaha Agung SPDP hanya dengan alasan untuk menentang Baru Bian dalam pilihan raya akan datang adalah tidak logik. Adakah harus memegang jawatan Setiausaha parti sekiranya mahu menang dalam pilihan raya? Yang kita tahu, jika mahu menang, berkhidmatlah dengan baik untuk rakyat, bukannya semestinya memegang jawatan Setiausaha.
  2. Perlantikan YB Sylvester Entri sebagai Vice Presiden menimbulkan persoalan kenapa jawatan Vice Presiden yang lain dopertandingkan dan yang ini dilantik. Ini menimnulkan ketidakpuasan di kalangan wakil rakyat yang harus melalui proses pertandingan.
  3. Barisan Ahli Majlis Tertinggi yang telah diumumkan pada Mesyuarat Tahunan (Pemilihan) tidak boleh diubah selain melalui mesyuarat agung luar biasa.
  4. Usul penggabungan telah bermula sejak tahun 2004, takkan mengambil masa terlalu lama kecuali jika terdapat seseorang yang berkepentingan yang merasakan kepentingan beliau akan terancam sekiranya penggabungan ini berlaku.
  5. Dan pelbagai persoalan lain.

Friday, January 22, 2010

WIRA KENYALANG mendepani cabaran semasa: PRS SEDIA HADAPI PKR SARAWAK LETAK CALON PROFESIONAL DALAM PILIHAN RAYA SARAWAK

WIRA KENYALANG mendepani cabaran semasa: PRS SEDIA HADAPI PKR SARAWAK LETAK CALON PROFESIONAL DALAM PILIHAN RAYA SARAWAK

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM TERBITAN HERALD THE CATHOLIC WEEKLY

Semenjak isu ini ditimbulkan setelah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan pengunaan perkataan "Allah" dalam terbitan Herald-the Catholic Weekly, ianya telah menimbulkan ketidakpuasan terutama di kalangan orang Melayu di negara ini terutama di Semenanjung Malaysia. Demonstrasi secara aman membantah keputusan mahkamah ini telah diadakan dan telah menjadi bahan hangat di media elektronik dan paparan akhbar. Malah terdapat juga pendemonstrasi-pendemonstrasi ini tidak peka dengan sensitiviti kaum lain sehingga mengucapkan kata-kata yang tidak patut dikeluarkan dari golongan yang memperjuangkan agama masing-masing.

Kejadian pembakaran gereja oleh golongan yang terlalu fanatik mengenai isu ini telah sedikit sebanyak menyebabkan imej kerajaan dan negara Malaysia yang kita cintai ini tercalar bukan sahaja di mata masyarakat bukan muslim akan tetapi ke seluruh dunia. Ini sudah pasti akan merugikan negara dari segi perlancongan yang menyumbang kepada pendapatan negara.

Keputusan untuk tidak membenarkan pengunaan Allah oleh agama lain selain Islam di Semenanjung Malaysia dan dibenarkan di Sabah & Sarawak telah menimbulkan lagi pelbagai spekulasi lain yang boleh dijadikan pembangkang sebagai isu dalam pilihan raya akan datang. Yang pastinya, walaupun tidak ditunjukkan, akan tetapi dari sumber tinjauan seperti di topik-topik mulut di kedai-kedai kopi dsbnya, nyata pengundi-pengundi bukan muslim tidak puas hati dengan perkara ini apa lagi dengan pelaksanaan 1Malaysia yang banyak kedengaran kebelakangan ini.

Namun keputusan ini sedikit sebanyak meredakan keadaan tegang daripada terus manjadi teruk. Demi perpaduan negara dan keharmonian kaum, sesebuah pihak seharusnya bersabar atau mengalah dalam perkara yang boleh mengancam kestabilan politik negara tak kira samada yang muslim atau bukan muslim.

Keamanan negara amat susah dicapai, justeru itu sama-samalah kita sebagai warga negara Malaysia menjaga keharmonian negara untuk generasi masa depan kita. Jaminan ke syurga bukan terletak pada nama yang dugunakan, akan tetapi pada umat yang mengamalkan kepercayaan masing-masing dan mempraktikan dalam kehidupan.