Pages

Thursday, July 21, 2011

ISU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Dasar pelajaran negara dalam memperkenalkan adalah baik demi mencapai kecermerlangan pendidikan negara. Namun, jumlah ganjaran yang diberikan diantara guru besar/pengetua dan guru-guru biasa dilihat tidak adil oleh kebanyakan warga pendidik. Wujud jurang pembayaran yang keterlaluan dan perlu dikaji semula oleh Kementerian Pelajaran supaya tidak wujud rasa tidak puas hati di kalangan guru-guru biasa.
Amaun ganjaran bagi guru besar yang dipilih sebagai sekolah berprestasi tinggi ialah RM7000.00 dan dibayar ke dalam akaun guru besar tersebut manakala bagi guru biasa pula cuma RM900.00, manakala kerani pula RM700.00. Dari segi tugasan harian, guru biasa dilihat lebih berat dari segi tugasan harian mereka dimana mereka mengajar, mengatur ko-kurikulum, mendisiplinkan pelajar, ditugaskan merancang dan menyertai lawatan pelajar, menyemak peperiksaan dan sebagainya. Tugas guru besar sememangnya berat juga, akan tetapi lebih dilihat kepada aspek pengurusan sekolah secara keseluruhan serta terlibat juga dalam tugas-tugas mengajar dari masa ke semasa serta mengeluarkan arahan-arahan kepada guru-guru biasa.
Cadangan agar pemberian jurang pemberian ganjaran bagi sekolah berprestasi tinggi ini dikaji semula, contohnya RM5000.00 bagi guru besar dan RM2500-3000 bagi guru biasa dilihat lebih praktikal dan memperlihatkan kerjaan yang adil dalam menjaga kebajikan ribuan warga guru di Malaysia dan lebih mesra rakyat.
Wujud juga keadaan dimana perpindahan guru besar ke sekolah lain sebelum dasar sekolah berprestasi tinggi ini diumumkan dimana wujud ketidakadilan dimana pemberian ganjaran diberikan kepada guru besar yang baru sedangkan yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga sekolah mencapai status sekolah berprestasi tinggi ini adalah guru besar yang lama yang telah dipindahkan tersebut.
Cadangan agar pengwujudan tempoh tertentu bagi menentukan guru besar yang mana yang layak untuk mendapatkan ganjaran tersebut memandangkan salah satu faktor yang membuatkan seseorang guru besar berpindah ialah kecermerlangan beliau dalam menguruskan sekolah dan dipindahkan atas dasar ingin merubah sekolah yang tidak baik kepada baik.
Adalah dicadangkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia mempertimbangkan perkara ini kerana ianya telah menjadi isu di kalangan guru-guru terutama di kalangan guru-guru biasa di Sarawak dan isu pembangkang dalam kempen mereka.

No comments: