Pages

Sunday, July 20, 2014

SEBAB DAN IMPAK PENUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK BARU DI SARAWAK

Terdapat 5 parti baru yang telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan baru-baru ini iaitu Peace Party, Parti Cinta Malaysia, Parti Bumi Kenyalang, Parti Tenaga Rakyat Sarawak dan Parti Ekonomi Rakyat Bersatu Sarawak. Antara parti-parti ini, yang palin disebut-sebut adalah Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dimana penubuhannya adalah dikalangan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang telah dipecat oleh Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) pada tahun 2012. Yang menariknnya kini, TERAS juga disertai oleh YB Tan Sri William Mawan anak Ikom yang merupakan mantan presiden SPDP yang baru-baru ini telah meletak jawatan ekoran daripada krisis kemasukkan semula SPDP4 ke dalam SPDP yang dibantah oleh Cawangan Wanita & Pemuda SPDP serta Timbalan Presiden SPDP, Dato Sri Tiong King Sing. TERAS diterajui oleh YB Datuk Peter Nansian Ngusie, YB Datuk Sylvester Entri anak Muran, YB Rosey Yunus dan YB Paulus Palu Gumbang dan kini disertai oleh YB Tan Sri William Mawan Ikom.

Kini wujud pula United People Party (UPP) iaitu parti yang ditubuhkan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang meletak jawatan daripada SUPP ekoran daripada krisis dalaman SUPP yang tidak selesai sampai sekarang. UPP telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada bulan ini dan diterajui oleh YB Dato Seri Wong Soon Koh, YB Ranum Mina, YB Datuk Dr. Jerip Susil dan YB Johnicol Rayong.

Sekiranya kita lihat kesemua wakil-wakil rakyat yang terlibat dalam penubuhan parti-parti baru ini adalah dari parti-parti komponen Barisan Nasional yang mempunyai krisis dalaman yang teruk dan tidak mampu diselesaikan menjelang PRN11 nanti. Pelbagai rundingan dan kaedah penyelesaian dicadangkan oleh pihak tertentu bagi menyelesaikan masalah krisis dalaman ini namun tidak mampu menyelesaikan masalah ini sehingga ada yang menyalahkan pihak PBB terlibat dalam sengketa SPDP dalaman SPDP dan SUPP. ini mengakibatkan penubuhan parti baru diadakan dan yang nyata adalah wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional sendiri yang menerajui parti-parti baru ini.

Penubuhan parti-parti baru ini akan dilihat memberi impak kepada Barisan Nasional dalam PRN11 nanti dimana sekiranya tidak wujud kerusi-kerusi baru hasil dari persempadanan semula kawasan pilihanraya, maka berkemungkinan pertandingan BN Vs BN Plus Vs Oppositions akan disaksikan pada PRN11 nanti bagi menentukan pihak mana yang paling kuat di sesebuah kawasan dan sekiranya ini berlaku, maka parti-parti politik yang bertanding tidak akan dibenarkan menggunakan logo Barisan Nasional dalam kempen mereka menyebabkan parti yang bertanding akan menggunaka logo parti masing-masing.

Kesimpulannya, penubuhan sesebuah parti baru kebiasaannya adalah akibat perpecahan dalaman sesebuah parti. Berkemungkinan juga penubuhan parti-parti baru ini adalah sebagai usaha penjenamaan semula parti bagi menguatkan parti di sesebuah kawasan seperti di kawasan SUPP. PRN11 yang akan diadakan nanti dilihat pasti akan menyaksikan pilihanraya yang menarik dari segi pencalonan, kempen dan sebagainya, Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

No comments: