Pages

Tuesday, September 16, 2008

ISU KES DAKWAAN KETUA KAUM DIPECAT DI DAERAH BAU, LUNDU

Kajian Kes 1: Andaikatalah seseorang ketua kaum yang dipilih telah memegang jawatan tersebut dan telah berkhidmat selama 30 tahun dimana beliau telah mula berkhidmat sejak berumur katakanlah 55 tahun masa beliau pencen, beliau akan dijangka mencapai umur 85 tahun atau lebih atau kurang memandangkan pendaftaran kelahiran dahulu agak keliru.
  • Persoalannya mampukah beliau berkhidmat dengan untuk masyarakat dan rakyat?
  • Adakah rakyat akan terus memaksa beliau berkhidmat walaupun beliau sudah tua dan mengalami masalah kesihatan?
  • Adakah rakyat akan terus memaksa beliau untuk memegang jawatan tersebut atau mencari calon baru untuk menggantikan beliau?

Kajian Kes 2: Andaikatakanlah seseorang ketua kaum yang dilantik dan telah memegang jawatan atas kemenangan pengundian anak-anak muda yang biasanya mengikut hati tanpa berfikir panjang akan kesannya kepada kampung mereka sendiri dan ketua kaum ini mempunyai rekod jenayah seperti jenayah ragut, simbahan acid kepada orang yang tidak disukai, ancaman kepada orang lain, mengunci pintu dewan bila rakyat mengadakan proses panamaan calon ketua kaum setelah beliau tamat tempoh perkhidmatan. Rungutan rakyat dan laporan terhadap ketua kaum ini semakin hari semakin bertambah. Tambahan pulak JKKK tidak ada dan tidak berfungsi langsung?

  • Persoalannya, adakah pihak berkaitan dengan perlantikan ketua kaum akan meneruskan penyambungan perkhidmatan beliau?
  • Adakah Pejabat Daerah berkaitan akan menunggu sehingga tempoh perkhidmatan beliau akan tamat, lepas itu baru membuat keputusan untuk tidak menyambung tempoh perkhidmatan seseorang ketua kaum?
  • Adakah permintaan untuk penukaran ketua kaum ini atas desakan rakyat kepada pihak-pihak berkaitan?

Kajian Kes 3: Seseorang ketua kaum yang dikatakan bersekongkol dengan pihak pembangkang dalam pilihanraya umum sedangkan mereka adalah kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan dan dibayar oleh kerajaan. Beliau pula telah menjadi ahli exco pihak pembangkang.

  • Persoalannya, adakah wajar kerajaan menyambung semula perkhidmatan beliau?
  • Adakah wajar kerajaan akan membayar elaun katua kaum yang berpaling tadah kepada kerajaan dan turut mengkritik polisi kerajaan?

Kajian Kes 4: Seseorang ketua kaum yang telah meletak jawatan dengan suka rela dan memperbesarkan cerita bahawa beliau dipecat. Isu dakwaan pemecatan ketua kaum ini pula timbul selepas beliau bukan lagi memegang jawatan tersebut.

  • Persoalannya, wujudkah pemecatan di sini?
  • Wajarkah seseorang yang tidak lagi memegang jawatan sebagai ketua kaum menimbulkan perkara yang tiada kaitan dengan beliau?

Kesimpulannya, pihak pembangkang telah menjadikan isu ini sebagai aset kempen mereka dan menperhebohkan-hebohkan perkara ini sehingga ada yang ingin menyuarakan saman ke atas wakil kerajaan sedangkan mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Justeru itu, pandangan dan komen dari tuan-tuan dan puan-puan mengenai perkara di atas adalah amat dialu alukan demi mempertahankan kredibiliti kerajaan sedia ada dan menangkis dakwaan tidak berasas pihak pembangkang.

No comments: