Pages

Tuesday, September 16, 2008

Potensi Industri Buluh Di Malaysia

Kebanyakan negara-negara di Asia Tengara terdiri daripada hutan hujan tropika yang kaya dengan hasil-hasil semulajadi yang mempunyai potensi untuk dikomersilkan secara besar-besaran seperti industri herba, industri balak dan sebagainya. Antara satu sumber semulajadi yang boleh dieksplotasikan untuk menjadi industri yang besar di negara kita ialah buluh. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 20 spesis buluh yang berpotensi untuk dijadikan industri yang besar berasaskan buluh.

Di negara China, industri berasaskan buluh telah lama diterokai dan telah menjadi salah satu industri mega yang telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara di China. Industri ini telah berkembang dengan pesat dimana banyak pemyelidikan dan pembangunan dilakukan untuk mencari aspek-aspek atau produk-produk baru yang berasaskan buluh. Penemuan-penemuan ini telah memberi satu kelebihan kepada industri ini untuk maju seperti industri-industri lain. Contohnya, pengunaan buluh untuk industri membuat lantai, menbuat sidai atau ”veneer” dan sebagainya yang ada diantaranya lebih bagus daripada kayu.

Di Malaysia, penggunaan buluh dalam kehidupan kita amat sinonim. Pelbagai kegunaan buluh dalam kehidupan seharian kita. Contonya, untuk produk mentah pelbagai jenis kraftangan dan pembuatan, proses untuk menyediakan masakan dalam buluh, alat-alat music tradisional, congkil untuk makan, penyodok nasi, alat pengaru belakang dan sebagainya. Disamping itu, penggunaan buluh juga dijadikan sebagai jambatan kecil untuk menghubungi sesuatu kawasan terutama kawasan yang dipisahkan dengan sungai terutama di kawasan luar bandar. Buluh juga mampu dijadikan tumbuhan hiasan di taman-taman perumahan, rumah-rumah kediaman dan sebagainya. Buluh juga mampu menjadi bahan mentah kepada industri perabot yang tidak kurang hebat kualitinya daripada kayu seperti pembuatan kerusi, meja, katil, lantai dan sebagainya. Walaupun negara kita kaya dengan tumbuhan ini dan boleh didapati di kebanyakan kawasan di Malaysia, sumber ini belum lagi dieksploitasikan sepenuhnya seperti di negara China yang telah menjadi satu industri yang besar dan merupakan negara pengeksport utama produk-produk yang berasaskan buluh di dunia, malah telah menubuhkan International Network of Bamboo & Rattan (INBAR) yang berpusat di Beijing China untuk menjalankan penyelidikan disamping memberi latihan, tunjuk ajar serta nasihat kepada mana-mana negara atau organisasi di dunia yang berminat untuk menerokai industri berasaskan buluh.

Dari segi pemeliharaan alam sekitar dan mengelakan bencana, penanaman buluh juga mampu mengelak sesuatu kawasan daripada banjir dimana penananam banjir di sepanjang sungai mampu menyerap air dan mengelakan air dari melimpahi tebing sungai serta mampu mengelakkan hakisan tanah.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa potensi industri berasaskan buluh di Malaysia amat besar dan mampu memyumbang kepada sumber ekonomi negara disamping industri sawit, kayu dan sebagainya. Disamping itu, industri ini juga membasmi kemiskinan di luar bandar di mana buluh dapat dieksploitasikan untuk kraftangan yang mampu memberi sumber pendapatan kepada penduduk luar bandar. Pendek kata adalah menjadi satu kerugian jika sumber yang banyak ini tidak diekspolitasikan dengan sewajarnya. Samalah-samalah kita fikirkan.

F. Ritchie

No comments: